Wednesday, 27 September 2017

Faktor-faktor penyalahgunaan dadah

Faktor-faktor penyebab penyalahgunaan dadah :


Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara  keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi. Contohnya, kesibukkan ibu bapa  dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.


Di samping itu, faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah. Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa  maut.

Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah.  Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya  mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Hal ini demikian kerana  dengan adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan.  Faktor kurangnya didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang  dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan salah seperti menghisap dadah.

Faktor-faktor yang lain :

  1. Perasaan ingin mencuba
  2. Tekanan daripada masalah yang dihadapi
  3. Kurang pengetahuan tentang dadah
  4. Dipengaruhi oleh rakan sebaya
  5. Kurang didikan agama
  6. Ibubapa yang lalai melaksanakan tanggungjawab mereka




11 comments:

POLITEKNIK SEBERANG PERAI JUN 2016 DNS5A DUA 6022 KOMUNIKASI DALAM ISLAM MUHAMMAD FAIZAL BIN CHE SHAMSUDDIN 10DNS15F103...