Penyalahgunaan Dadah
Wednesday, 27 September 2017
Pengenalan
Apakah itu dadah ?
Penyalahgunaan dadah ?
Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistemsarafseperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, ganguan tingkah laku dan sebagainya. Penggunaan yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, masyarakat dan negara
Dewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubatan atau sebagai penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk kepuasan dan keseronakan diri sendiri. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu , dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorng atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Jenis-jenis dadah
Jenis-jenis dadah
Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, anataranya ialah :
1. Halusinogen
Contoh :
2. Depresen
Contoh :
Contoh :
4. Psikotrapit
Contoh :
5. Stimulant
Contoh :
6. Opiate
Contoh :
Faktor-faktor penyalahgunaan dadah
Faktor-faktor penyebab penyalahgunaan dadah :
Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan
daripada masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja.
Oleh hal yang demikian, apabila tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorangn itu akan mengalami
kemurungan sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya,
sebagai jalan penyelesaian mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah
sebagai teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.
Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan
kerja telah menyebabkan anak-anak terasa terasing dan jauh daripada ibu bapa.
Oleh hal yang demikian, anak-anak akan melibatkan diri dalam penyalahgunaan
dadah untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.
Di samping itu,
faktor berlaku penyalahgunaan dadah adalah kurangnya pengetahuan tentang dadah.
Sebenarnya, remaja-remaja di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari sebenarnya
dadah boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk
membuat keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.
Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah dipengaruhi
oleh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan merupakan orang terdekat
kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama
berbanding dengan ahli keluarga. Oleh hal yang demikian, mereka akan mengikut
dan melakukuan perkara yang dilakukuan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan
buruk pengambilan dadah. Terdapat juga
kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang
lain.
Selain itu,
kurangnya didikan agama juga merupakan faktor penyalahgunaan dadah. Mereka yang
kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan
dadah. Hal ini demikian kerana dengan
adanya pegangan agama yang kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan
sesuatu kesalahan. Faktor kurangnya
didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam kehidupan dengan melakukan perbuatan
salah seperti menghisap dadah.
Faktor-faktor yang lain :
- Perasaan ingin mencuba
- Tekanan daripada masalah yang dihadapi
- Kurang pengetahuan tentang dadah
- Dipengaruhi oleh rakan sebaya
- Kurang didikan agama
- Ibubapa yang lalai melaksanakan tanggungjawab mereka
Kesan-kesan kepada penagih
Kesan-kesan :
a) Kesan-kesan penagihan dadah: dari segi fizikal, mental dan
emosi
Penyalahgunaan dadah
akan menyebabkan beberapa kesan kepada penagih. Semasa mengambil dadah, penagih
dadah akan mengalami kesan euforia serta mengalami halusinasi (rasa khayal),
dari segi fisiologi penagih akan mengalami peningkatan sel darah putih dan
paras gula dalam darah,kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan. Selain
itu, sistem saraf pusat (saraf dan saraf tunjung) juga akan mengalami
kerosakkan. Lama-kelamaan, kadar penafasan penagih dadah akan menjadi lebih
pendek dan perlahan. Tubuh penagih juga akan mengigil akibat penurunan kadar
metabolisme. Disamping itu, mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan
serta kuyu dan berat badan penagih dadah turut akan mengalami penurunan secara
mendadak.
b) Kesan-kesan penagihan dadah dari segi sosial
Penagihan dadah akan
membawa kepada penagih kepada risiko dijangkiti HIV/AIDS, hepatitis dan sawan.
Hal ini demikian kerana, mereka menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan
penagih lain. Bagi ibu yang mengandung akan membawa risiko seperti keguguran,
kandungan yang tidak stabil, cacat atau mati.
Selain itu, penagih
dadah kebayakkan dikaitkan dengan penyakit psikosis (tidak siuman), kerosakan
otak dan ketidakstabilan emosi. Oleh hal yang demikian, mereka akan terdorong
untuk melakukan perkara di luar jangkaan
seperti merompak,meragut, merogol, dan membunuh dan meningkatkan kadar
berlakunya masalah sosial. Keadaan ini menjatuhkan imej negara dan pelaburan
asing tidak berani untuk melabur di negara kita.
Cara-cara penyelesaian kepada penyalahgunaan dadah
Langkah-langkah untuk menangani gejala ini antaranya ialah :
- Ibu bapa harus menerangkan secara terperinci bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara pengambilan yang betul.Selain itu, media massa juga harus memperbayakkan penyiaran berita-berita dan cerita-cerita yang lebih membawa keinsafan dan iktibar kepada masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian. Kerajaan melalui badan-badan dan sektor-sektor tertentu, harus bijak membenteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka terjebak dengan masalah dadah. Misalnya, Program Rakan Muda yang diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan
- Kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan melibatkan kumpulan remaja yang sering menjadi sasaran mudah para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang kesan-kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Di samping itu, remaja juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah supaya dengan melakukuan aktiviti tersebut remaja dapat mengelak daripada mengambil dadah. Tindakan undang-undang juga hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan denda yang lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sebagainya.
Keratan Akhbar
Keratan akhbar di atas menunjukkan jumlah pengambilan dadah yang meningkat di antara kalangan para pelajar IPT. Hal ini, sangat membimbangkan kerana mereka adalah aset negara yang penting untuk masa hadapan. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan, ibu bapa dan masyarakat haruslah peka dengan gerak geri mereka. Dengan cara ini, jumlah penagih dadah di negara kita dapat dikurangkan sekali gus dapat membanteras gejala penyalahgunaan dadah.
Monday, 25 September 2017
Rumusan
- Semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam membasmi gejala dadah, tanpa mengharapkan pihak berwajib sahaja. Golongan belia pula diharapkan dapat berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sentiasa berfikiran rasional agar tidak terjebak dengan dadah. Perangi dadah habis-habisan.
- Semua pihak diseru agar sudah sampai masanya agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang mempunyai pelan tindakan tersendiri bagi menangani isu berkaitan dadah perlu bangun bersama dengan usaha bersepadu bagi memastikan keberkesanan mencapai matlamat negara sifar dadah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POLITEKNIK SEBERANG PERAI JUN 2016 DNS5A DUA 6022 KOMUNIKASI DALAM ISLAM MUHAMMAD FAIZAL BIN CHE SHAMSUDDIN 10DNS15F103...
-
Faktor-faktor penyebab penyalahgunaan dadah : Faktor berlakunya penyalahgunaan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi sepe...
-
Keratan akhbar di atas menunjukkan jumlah pengambilan dadah yang meningkat di antara kalangan para pelajar IPT. Hal ini, sangat membimb...